Definisi Pendidikan Pemulihan
Berbagai-bagai
pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik barat dan tempatan
mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif
pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi,
antaranya ialah :
Menurut
laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme ofEducational
Innovation for Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian
Pendidikan Malaysia, pengajaran pemulihan ialah: a process in which
children with learning problems are given practical alternatives and
effective approaches (programme) in education.
Bahagian
Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS)
8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan
pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk
mengatasi masalah pemelajaran munid-munid lemah disekolah-sekolah
rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira, di bawah kelolaan guru-gunu pemulihan yang telah
menerima latihan khas dalam bidang ini. Ini bermakna pengajaran
pemulihan adalah satu proses pengajaran dengan pendekatan yang lebih
berkesan, praktikal bagi munid-munid yang menghadapi masalah
pemelajaran. Pusat Perkembangan Kunikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia (1984), dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan
langkahlangkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah pemelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira.
Mereka
ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan
dan
ditentukan.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan pendidikan pemulihan
adalah satu
tindakan
khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang
mengalami kesukaran dari segi pembelajaran dalam darjah khas di
sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara
sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan
dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
Bagi
Ishak Haron dan Koh Boh Boon (1983), menegaskan bahawa pendidikan
pemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi
keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah
pembelajaran di sekolah-sekolah biasa atau aliran perdana yang gagal
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Koh (1979) dalam
kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak 1979
mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan
memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan
tujuan meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan
pencapaian murid- murid normal.
Sharifah
(1979) pula mengatakan pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui
pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu
lemah. Chua (1977), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu
pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui
pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya.
Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan
menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang
melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan
dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas
(profesional) yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama
doktor, pekerja sosial, pakarjiwa dan pihak-pihak lain yang
berkaitan. Kesimpulan pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran
yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pemelajaran
disekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan
disekolah dan dapat seiring dan setarafdengan rakan mereka yang lain.
Albertwhite
(1977), pula menyatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah suatu
bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat
ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi. Beliau
menegaskan bahawa; ‘by remedial teaching is meant teaching which is
based in a different diagnosis which forms the basis for scientific
remedial procedures’. Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan
bagi United Kingdom (1975), mendefinisikan pengajaran pemulihan
sebagai satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi
keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.
Persatuan
ini juga mengatakan pengajaran pemulihan sebagai tindakan khusus yang
diambil untuk mengatasi kesusahan dan segi pembelajaran dalam kelas
khas di sekolah biasa atau di pusat khusus yang dihadiri oleh murid
secara sambilan dalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran
khusus oleh guru pemulihan. Creber (1974), beliau mentakrifkan
pengajaran pemulihan sama dengan pengajaran imbuhan. Menurut beliau,
pemulihan kadangkala merupakan pengalaman- pengalaman yang tidak
dinikmati oleh kanak-kanak yang tidak bernasib baik.
Definisi
di atas disokong pula Brennan (1974), yang mengatakan bahawa
pengajaran pemulihan ialah pengajaran untuk penyesuaian dan
pembetulan bagi murid-murid yang didapati menghadapi masalah dalam
pembelajaran. Menurut beliau; ‘Remedial education is regarded as
the kind of education required to meet needs which are the result of
learning disabilities, that is learning failure which cannot be
explained by any reference to inadequacies in the pupils enviromental
situation or life experience’. Menurut Tansley (1967) pengajaran
pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan
langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi
membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.
Menurut
Pringle (1966), satu pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang
diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata
pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar melalui latihan
yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka
Berdasarkan Collins (1961), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk
pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau
menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa
bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah
seperti membaca, menulis dan mengira. Collins telah menyimpulkan
pendidikan pemulihan sebagai; ‘special education treatment
ofchildren found to befailing in the basic school subjects of
reading, spelling and number’.
Bagi
Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagai ‘the
ambulance of educational system’. Oleh itu pengajaran ini tidak
boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang
dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu
kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan
rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan munid. Menurut Blair (1956),
pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang bertujuan
untuk membaharui teknik pengajaran dan pemelajaran untuk mengikis
segala kebiasaan dan amalan yang tidak sesuai bagi murid-munid
lambat. Selain definisi pendidik dan Barat, terdapatjuga definisi
yang telah diubahsuaikan oleh ahli pendidik tempatan mengikut
keperluan tempatan.
No comments:
Post a Comment