Penerbitan Ilmiah Rancangan Pengajaran Individu

Rancangan Pengajaran Harian (Individu)






Mata pelajaran            : Bahasa Melayu

Nama murid                : Muhd Nasrul Azhar bin Zaidi

Kelas                             : Tahun 2 Dedikasi 

Tarikh                            : 27.6.2009

Hari                                : Ahad

Masa                              : 10:45-11:15 pagi (30 minit)

Penggabung jalinan  : Sains, Muzik, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual

Penyerapan nilai         : berani, kebersihan fizikal dan mental

Kemahiran berfikir      : menghubungkait, menjana idea

Kemahiran                    : Perkataan kv+kv+kv


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
  
    i ) Mengeja dan membatangkan suku kata sekurang-kurangnya lapan daripada sepuluh perkataan kv+kv+kv dengan betul.
  ii ) Menulis sekurang-kurangnya lapan daripada sepuluh perkataan kv+kv+kv dengan betul berdasarkan gambar.

Pengalaman sedia ada:
Murid pernah belajar dan menguasai perkataan kv+kv

Bahan bantu mengajar: 

  i) kad gambar           ii) komputer riba                    iii) permainan dat
 iv) puzzle huruf           v) CD lagu Tiga Kupang
 vi) kotak                    vii) lembaran kerja


Set Induksi (3 minit) :
   
     Guru memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan bacaan doa dan bertanyakan khabar murid. Seterusnya, guru bercerita tentang seorang pemuda yang pelupa bernama Samad. Dia disuruh oleh isterinya untuk membeli beberapa barang di pekan seperti petola, tomato, keladi, kelapa . Dalam perjalanan, Samad berjalan sambil menyanyi Lagu Tiga Kupang (guru memperdengarkan murid dengan video klip Lagu Tiga Kupang dan menyanyi bersama-sama). Akhirnya dia terlupa pesanan yang disuruh oleh isterinya. Murid diminta oleh guru mencari gambar benda-benda tersebut dalam kotak yang disediakan. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan pelajaran hari ini.















No comments:

Post a Comment